Pakatan Harapan lancar Buku Harapan untuk PRU14

Pakatan Harapan malam tadi melancarkan manifestonya untuk pilihan raya umum ke-14.

Manifesto yang diberi nama Buku Harapan itu dilancarkan dengan tema Membina Negara Memenuhi Harapan.

Setebal 194 muka surat, ia menggariskan lima teras utama tawaran Pakatan Harapan, sepuluh janji yang akan dilaksanakan dalam masa 100 hari mentadbir Putrajaya, serta 60 janji yang akan dilaksanakan dalam masa lima tahun.

Sepuluh janji yang akan dilaksanakan dalam 100 hari pentadbiran Harapan adalah:

1. Menghapuskan GST dan mengurangkan kos sara hidup dengan pelbagai inisiatif peduli rakyat

2. Menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar

3. Menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda

4. Memperkenalkan skim caruman KWSP untuk suri rumah

5. Menyamaratakan gaji minimum seluruh negara dan seterusnya memulakan proses meningkatkan gaji minimum

6. Menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam

7. Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja 1MDB, FELDA, MARA dan Tabung Haji, dan merombak semula struktur kepimpinan mereka

8. Menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963

9. Memperkenalkan Skim Peduli Sihat dengan memberi RM500 pembiayaan untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40

10. Melancarkan kajian terperinci mengenai projek-projek mega yang dianugerahkan kepada negara asing.

Manifesto yang dilancarkan di Shah Alam itu juga berjanji mengurangkan kuasa perdana menteri, termasuk menghalang perdana menteri daripada memegang portfolio lain dan memotong separuh peruntukan dan jumlah menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Majlis perasmian manifesto itu disempurnakan Pengerusi Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Harapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71431

Posted by on Mar 9 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE