Pakatan Harapan lantik pembangkang ketuai PAC

Kerajaan Pakatan Harapan mencatatkan sejarah apabila buat pertama kali melantik Ahli Parlimen Beluran daripada Umno, Datuk Ronald Kiandee untuk mempengerusikan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Ahli Parlimen Setiwangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan pelantikan itu sebagai satu lagi langkah untuk memperkasakan institusi Parlimen.

“Sejarah baru tercipta di #Parlimen14. Janji Pakatan Harapan tertunai dengan pelantikan MP pembangkang @rkiandee sebagai pengerusi Jawatan Kuasa Kira-kira Parlimen (PAC).

“Sebelum ini BN menolak pelantikan sama di Dewan Undangan Negeri Selangor.

“Parlimen diperkasakan,” hantaran Twitter Nik Nazmi dipetik.

Kiandee sebelum ini adalah timbalan speaker Dewan Rakyat dan beliau merupakan MP Beluran selama lima penggal sejak 2009 lagi.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mencadangkan Kiandee sebagai pengerusi PAC manakala Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh sebagai timbalan pengerusi jawatankuasa tersebut.

Pakatan Harapan dalam manifesto Membina Negara Memenuhi Harapan untuk Pilihan Raya Umum ke-14 antara lain menjanjikan akan memilih ahli parlimen pembangkang sebagai pengerusi PAC.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72146

Posted by on Aug 7 2018. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE