Pakatan Harapan mohon pengampunan Di Raja untuk Anwar

Pakatan Harapan akan memohon pengampunan Di Raja untuk membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri Malaysia dalam masa terdekat.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri Malaysia yang baharu, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media khas selepas Pakatan Harapan sah menjadi kerajaan Persekutuan yang baru, pagi ini.

Menurutnya, selepas diampunkan Anwar akan bertanding dalam pilihan raya kecil untuk menjadi anggota Parlimen sebelum dilantik sebagai perdana menteri Malaysia.

Anwar yang memimpin gerakan Reformasi bakal dibebaskan pada 8 Jun 2018 selepas dipenjara selama lima tahun kerana Fitnah II oleh pentadbiran BN.

Hari ini, 9 Mei 2018 menyaksikan Pakatan Harapan yang dipimpinnya dari sebalik tirai besi menjadi kerajaan Persekutuan yang baharu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71753

Posted by on May 10 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE