Pakatan Harapan terima 317 cadangan logo, sambutan luar biasa

(Oleh Aliff Fikri)

PETALING JAYA 9 MEI: Cadangan logo Pakatan Harapan mendapat sambutan hangat dan luar biasa dari orang ramai.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, jumlah penyertaan semakin bertambah dan secara tidak langsung menunjukkan kepekaan orang ramai terhadap kesepakatan gabungan itu.

“Setakat hari ini (9 Mei) kami menerima sebanyak 317 cadangan logo, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan.

“Kepada yang masih ingin menghantar, masih boleh berbuat demikian dan kita akan umumkan logo terbaik dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurut Fahmi, peningkatan cadangan logo itu adalah bukti sokongan, minat dan keyakinan rakyat terhadap imej Pakatan Harapan termasuk hala tuju mereka sebagai pakatan politik menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi.

Sebelum ini, tiga reka bentuk loga Pakatan Harapan yang disenarai pendek Majlis Presiden gabungan itu mendapat pelbagai reaksi orang ramai yang kebanyakannya kurang bersetuju dan mahukan logo lebih baik.

Pakatan Harapan merupakan gabungan antara KEADILAN, Amanah, DAP dan Bersatu. Mereka dijangka akan menyertai PRU 14 menggunakan satu logo dalam misi menumbangkan Umno Barisan Nasional.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=69931

Posted by on May 9 2017. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE