Pakatan: Himpunan Black 505 tetap di Padang Merbok

(Oleh Redzuan Shamsudin)

KUALA LUMPUR 19 JUN: Tinggal tiga hari sebelum kemuncak Himpunan Black 505 namun masih tiada tanda-tanda pihak polis serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan berlembut untuk membenarkan Padang Merbok berhampiran bangunan Bank Negara Malaysia dijadikan sebagai lokasi utama.

Bagaimanapun, Ketua Sekretariat Black 505, Datuk Johari Abdul bertegas himpunan akan diteruskan di padang tersebut sebagaimana dirancang sebelum ini.

Johari“Pihak kita telah bertemu dengan DBKL dan polis. Mereka minta ditukar ke Stadium Merdeka tetapi Padang Merbok telah diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat dan kita tiada mandat untuk mengubahnya ke tempat lain.

“Setelah saya tinjau Padang Merbok, tidak ada sebarang kerja-kerja lapangan (naik taraf) seperti kata DBKL sebelum ini. Jadi tidak ada alasan kukuh mengapa rakyat tidak boleh menggunakannya,” kata Johari kepada Keadilan Daily.

Katanya lagi, perserta himpunan tersebut perlu mencecah angka lebih 250,000 untuk menunjukkan rakyat benar-benar serius menuntut satu proses pembaharuan pilihan raya. Jumlah yang besar juga, katanya, akan memberi kesan ke atas tiga tuntutan utama Black 505 sejak 8 Mei lalu.

“Tuntutan kita tiga perkara. Pengerusi, Timbalan dan lima ahli Suruhanjaya Pilihan Raya mesti meletak jawatan; pilihan raya semula diadakan di kawasan-kawasan yang dipertikaian dan usaha persempadanan semula hendaklah dihentikan sehingga SPR benar-benar menjadi badan bebas,” katanya.

Johari mengesahkan himpunan tersebut mengikut format sebelumnya iaitu, pesta rakyat menuntut pembaharuan pilihan raya dan bermula jam 2 petang, Sabtu, 22 Jun.

Namun begitu, Johari tidak menolak polis enggan memberi kerjasama dan himpunan akan menjadi lebih sukar sebagaimana yang dialami penyokong Pakatan dalam Bersih 2.0 atau Bersih 3.0.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=53516

Posted by on Jun 19 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE