Pakatan Johor lancar Manifesto ‘Johor Maju & Berkebajikan’

JOHOR BAHARU 13 APRIL: Pakatan Rakyat Johor melancarkan Manifesto ‘Johor Maju dan Berkebajikan’ hari ini dengan pelbagai tawaran untuk rakyat negeri.

tok guruPeluncuran manifesto oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat petang ini berlangsung meriah di sebuah hotel dekat sini.

Sebahagian pemimpin Pakatan yang hadir antaranya, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Penasihat DAP yang juga calon Gelang Patah, Lim Kit Siang; Pengerusi KEADILAN Johor dan calon Segamat, Datuk Chua Jui Meng; Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan calon Pulai, Salahuddin Ayub.

Antara tawaran Manifesto Rakyat Johor meliputi pemberian kontrak secara terbuka, menghadkan pemerintahan Menteri Besar kepada dua penggal, membasmi rasuah dan ketirisan, mengkaji semula polisi penswastaan yang merugikan rakyat, 10 meter padu air percuma, pengurangan kadar cukai tanah dan kadar cukai harta.

Johor 1Turut ditawarkan, bantuan RM1,000 untuk kelahiran anak, gaji minimum RM1,100 dan mewujudkan 40,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Johor.

Dalam ucapannya, Salahuddin menyifatkan tawaran berkenaan jelas membuktikan pimpinan Pakatan Rakyat negeri benar-benar mengutamakan kepentingan rakyat.

Sala“Kita yakin Manifesto Rakyat Johor yang diutarakan pimpinan Pakatan Negeri mampu untuk meyakinkan seluruh warga Johor untuk memenangkan semua calon Pakatan yang bertanding dalam PRU 13, 5 Mei ini,” kata mantan Ahli Parlimen Kubang Kerian itu disambut tepukan gemuruh hadirin.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50256

Posted by on Apr 13 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google