Pakatan Rakyat sokong himpunan ‘Black 505′ 15 Jun ini

PETALING JAYA, 3 JUN: Pakatan Rakyat menyokong penganjuran perhimpunan ‘Blackout 505′ pada 15 Jun di Kuala Lumpur bagi membantah penipuan pilihan raya umum 5 Mei lalu, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.pc_HQ

Anwar mengumumkan sokongan Pakatan ke atas penganjuran himpunan itu pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Menurutnya, Pakatan Rakyat akan berunding dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pihak keselamatan bagi memastikan perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman, lapor Malaysiakini.

Anwar berkata, sekretariat himpunan akan memberi maklumat lanjut sama ada ia akan diadakan di jalanan atau di stadium.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52984

Posted by on Jun 3 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google