Pakatan sambut Hari Malaysia di Kota Kinabalu dan Kuching

(Oleh Sidiqin Omar)

PETALING JAYA 15 Ogos: Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat memaklumkan, sambutan Hari Malaysia pada tahun ini akan diadakan di dua lokasi berasingan iaitu di Kota Kinabalu untuk Sabah manakala Kuching untuk sambutan di Sarawak.

“Dua acara berasingan akan diadakan. Yang pertama pada 15 September, iaitu sambutan pada malam Hari Malaysia dibuat di Kota Kinabalu. Yang kedua pula pada 16 September di Kuching, Sarawak,” kata wakilnya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

“Semua pimpinan Pakatan Rakyat akan bergerak ke sana. Acara khusus akan dimaklumkan kemudian,” jelas Dr Hatta lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=34679

Posted by on Aug 15 2012. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE