Pakatan: Semua rakyat dijamin peroleh rawatan kesihatan percuma

(Oleh Norutul Ilham)

KUALA LUMPUR 27 FEB: Memberi kemudahan rawatan kesihatan percuma kepada rakyat antara tawaran baru Pakatan Rakyat yang tidak mampu dilaksana Umno BN.

menifesto pakatan rakyat 2013Dalam manifestonya, Pakatan menjamin kemudahan kesihatan percuma kepada semua rakyat melalui hospital kerajaan, dan memberi galakan sepenuhnya kepada sektor swasta menawarkan khidmat kesihatan pada kadar berpatutan.

Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Dr Idris Ahmad berkata, dengan tawaran itu, rakyat bakal menerima kemudahan kesihatan asas percuma dan tidak lagi terbeban dengan bayaran mahal seperti sekarang.

“Sepatutnya memang begitu, saya bersetuju jika beri rawatan percuma kepada rakyat, kerana pesakit yang pergi klinik atau hospital kerajaan bukan orang kaya.

“Perlu diingatkan juga bukan semua rakyat kakitangan awam. Menyalur bantuan kesihatan secara percuma kepada rakyat perkara yang baik dan dinanti-nanti rakyat,” katanya ketika dihubungi.

Pada muka 28 manifesto itu, Pakatan juga komited untuk menghapuskan monopoli pembekalan ubat, pembinaan hospital dan kelengkapan hospital oleh beberapa syarikat yang berkait rapat dengan elit kekuasaan yang mengaut keuntungan melampau.

Turut ditawar, perkhidmatan wad percuma akan dilaksana semua hospital kerajaan dengan menghapuskan bayaran wad kelas 2 dan 3.

“Kemudahan kesihatan percuma adalah hak asasi manusia yang perlu disalurkan kepada rakyat. Biasanya kelas wad 2 dan 3 akan dikenakan bayaran sekiranya mereka bukan kakitangan awam.

“Kalau ke hospital atau klinik kerajaan, tiada ubat yang bagus diberikan. Semuanya ubat asas sahaja. Doktor akan menyarankan pesakit beli di farmasi,” kata pakar sakit puan itu.

Dalam manifesto itu, Pakatan mahu memenuhi sasaran seorang doktor bagi setiap 550 rakyat dalam tempoh penggal pertama pentadbiran, berbanding nisbah sekarang, seorang doktor bagi setiap 800 rakyat.

“Dalam akta perubatan, setiap klinik sama ada swasta atau kerajaan mesti ada seorang doktor, tidak boleh hanya ada pembantu doktor atau jururawat sahaja, apa yang berlaku sekarang sudah melanggar akta tersebut.

“Ini semua hanya untuk kaburi rakyat supaya mereka tertarik. Masih banyak kemudahan tidak disediakan di hospital atau klinik kerajaan. Sebagai contoh, kalau di luar negara, perkhidmatan ultrasound disediakan, tapi negara kita langsung tiada,” kata Idris merujuk kekurangan Klinik 1Malaysia.

Katanya, klinik tersebut hanya untuk mengaburi mata rakyat, bukan tanda prihatin kerajaan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46079

Posted by on Feb 27 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google