Pakatan seru adakan Konsensus Nasional

(Basyar Abkadir)

mat_sabu_anwarPETALING JAYA 30 JAN: Atas kepentingan rayat yang semenjak kebelakangan ini sering ditakutkan dengan sentimen perkauman dan agama, Pakatan Rakyat sekali lagi secara serius mengajak diadakan Konsesus Nasional bersama kerajaan Pusat.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan dialog telah disuarakan semenjak Ogos tahun lalu, malah ditekankan sekali lagi memandangkan isu berkaitan rakyat dari segi ekonomi, keharmonian agama dan kaum sudah berada di tahap kritikal.

“Kita tekankan dialog ini dengan berlatar belakang ketegangan agama dan kaum. Jadi kita gesa dialog atas nama rakyat disegerakan.

“Pimpinan Pakatan Rakyat bersedia untuk berdialog pada bila-bila masa. Perkara ini perlu diselesaikan dengan segera untul mengelakkan perkara ini dari tidak terkawal.

“Sekarang rakyat takut dan terancam. Cadangan dialog sebelum ini dari bulan Ogos tahun lepas,” kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyatakan bahawa polemik perkauman ini harus dihentikan kerana perkara ini berkaitan isu keselamatan rakyat.

“Apabila berlaku perkara yang menghimpit pemerintah seperti kenaikan barang dan sebagainya, nampaknya kecenderungan pihak tertentu membawa isu ini kearah perkauman dan agama

“Tetapi menjadi kehairanan kita, misalnya orang yang membuang kepala babi dalam masjid, membakar gereja, sampai sekarang tak dapat ditangkap,” kata Mohamad yang lebih mesra dikenali sebagai Mat Sabu.

Tambahnya, ada pihak tertentu, contohnya Umno Pulau Pinang yang cuba membawa isu berbaur perkauman, sedangkan isu sebenar adalah maslaah ekonomi, kenaikan harga barang dan peningkatan inflasi.

“Perkara ini telah menjadi perkara besar di kalangan kami (Pakatan Rakyat) supaya ada dialog (Konsesus).

“Ia mesti dibincang dengan tenang, bertukar fikiran dan bukan mengapi-apikan soal perkauman ini.” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58804

Posted by on Jan 30 2014. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE