Pamer 40 ribu pemilih diragui, SPR tidak yakin sistem JPN

 

(Oleh: Nabihah Hamid)

 

KUALA LUMPUR 26 Okt : Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia sendiri meragui sistem Jabatan Pendaftaran Negara ekoran tindakannya mempamerkan 40,000 nama pemilih yang diragui dalam daftar pemilih.

Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat berkata, ini kerana SPR sendiri sepatutnya boleh menyemak rekod berkenaan daripada JPN, tanpa perlu mempamerkannya kepada umum.

“Kalau maklumat di JPN sudah sahih, kenapa masih diragui?” Soal beliau yang juga Pengerusi Pemulihan Mobilisasi dan Demokrasi Pas Pusat.

Beliau mengulas kenyataan SPR akan mempamerkan senarai 40 000 nama pemilih yang tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya selama seminggu bermula Khamis ini, bersama daftar pemilih suku ketiga 2011.

Ia akan dipamerkan di sekitar 1000 tempat pameran yang diwartakan termasuk di laman web.

Meskipun menyambut baik langkah itu, namun Suhaizan berkata  ia secara tidak langsung menunjukkan SPR tidak meyakini sistem JPN.

“Kalau butiran JPN sudah sah tapi SPR tidak yakin, apa gunanya sistem yang ada pada JPN?,”

“Akhirnya semua ini tidak akan menyelesaikan masalah kerana kedua-dua (agensi) ini mempunyai sistem yang lemah terutama sistem ALIS yang ada pada JPN,” katanya pada keadilandaily.com.

Sementara itu beliau turut menyelar tindakan JPN yang tidak lagi membenarkan pengguna menyemak status warganegara di laman web mereka.

“JPN perlu pertingkatkan lagi sistem mereka, saya juga pelik kalau dulu kita boleh semak status warganegara di laman web mereka tapi sekarang tidak boleh. Kenapa berlaku sedemikian?,” Soalnya.

Sebelum ini Suhaizan pernah mempersoal apakah JPN tidak memiliki identiti semua warga negara Malaysia sehingga perlu dipaparkan kesemua 40 ribu pemilih yang meragukan kepada media.

Menurutnya, dengan sistem ALIS, SPR dan JPN sudah sepatutnya mampu membezakan antara pengundi asli dan pengundi palsu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22216

Posted by on Oct 26 2011. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google