PAS jangan menangguk di air keruh

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak perlu menangguk di air keruh dengan memainkan propaganda jahat kononnya terdapat komplot untuk menjatuhkan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tentunya isu ini sengaja ditimbulkan untuk menutup isu pemberian dana UMNO kepada PAS yang sedang hangat diperkatakan seperti yang diungkapkan sendiri Anggota Parlimen Bachok, Nik Abduh dalam rakaman audio yang tular.

PAS perlu memberi penjelasan samada benar mereka ada menerima dana dari Umno atau tidak kerana ahli-ahli PAS dan rakyat berhak tahu kebenarannya.

Sebagai sebuah parti yang merestui pembohongan, tentunya segala sokongan yang dizahirkan terhadap Tun Dr. Mahathir oleh pimpinan PAS tidak boleh dipercayai kerana mereka tidak pernah konsisten dalam menyatakan pendirian.

Saya berasa kasihan terhadap penyokong PAS yang dipergunakan demi kepentingan politik segelintir pemimpin mereka.

Hakikatnya hubungan sesama pimpinan didalam Pakatan Harapan adalah utuh dan kuat.

Terlebih lagi bila gandingan mantap Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat berjaya memperkukuh kedudukan kerajaan dan Pakatan Harapan.

Tentunya propaganda murahan ini adalah mainan mereka yang berasa dengki dengan keutuhan dan keakraban di kalangan pemimpin Harapan.

Polemik ini juga sengaja ditimbulkan bermatlamat untuk mengkucar-kacirkan hubungan baik di antara parti-parti kompenan Harapan.

Kerajaan yang ditadbir Pakatan Harapan kini sedang giat mendukung agenda rakyat untuk merealisasikan segala janji demi memperbaiki Malaysia daripada kerosakan yang ditinggalkan oleh UMNO-BN.

Tentunya kerosakan teruk yang ditinggalkan rejim BN memerlukan masa untuk diperbaiki.

Justeru saya yakin gandingan mantap Tun Dr. Mahathir bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan seluruh saf kepimpinan Pakatan Harapan akan berjaya mengemudi Malaysia ke arah yang lebih baik.

Syed Badli Shah Syed Osman

Naib Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72968

Posted by on Feb 22 2019. Filed under RENCANA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE