‘PAS tukar pengakuan untuk elak siasatan berkaitan 1MDB’

Anggota Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menukar pengakuan menerima wang RM90 juta daripada Umno menerusi dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi mengelak dikaitkan secara langsung dengan dakwaan menerima wang dari syarikat pelaburan terbabit.

Naib Presiden KEADILAN, Chang Lih Kang berkata, wujud gambaran jelas bahawa wang berjumlah RM90 juta yang disalurkan Umno berkenaan daripada berpunca dari 1MDB.

“Mereka nak bebas dari tuduhan berkaitan 1MDB. Sebenarnya ia tidak ada beza. Mengapa Umno nak berikan duit kepada PAS? Perlu jelas daripada segi itu. Kemudian dari mana Umno dapat duit itu? Kemungkinan besar adalah ia disalurkan daripada wang 1MDB.

“Dari kronologi memang tindakan PAS nampak ada cubaan untuk mengelak daripada terlibat dari isu 1MDB ini,” katanya kepada KeadilanDaily.

Mengulas lanjut, anggota Parlimen Tanjung Malim itu turut menzahirkan rasa kecewa terhadap pimpinan PAS yang tampil mempertahankan pembohongan dibuat anak bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkenaan.

Selepas berbulan-bulan menafikan, PAS akhirnya mengaku rakaman audio yang tersebar membuat pengakuan mengenai penerimaan wang jutaan ringgit daripada Umno adalah suara milik Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduh.

Pengakuan ini muncul selepas siasatan dimulakan terhadap dakwaan pengaliran RM90 juta ke dalam akaun PAS daripada Umno, menerusi 1MDB.

Terkini, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil menempelak sikap PAS yang mempertahankan pembohongan tersebut.

Menggesa Pas mencontohi Nabi Adam AS, Dr Asri berkata, mana-mana manusia yang terlanjur melakukan dosa perlu mengakui kesalahan tersebut dan memohon keampunan, bukannya bertindak seperti Iblis.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72935

Posted by on Feb 15 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE