PBT S’gor kutip terus caj 20 sen plastik

Kutipan caj 20 sen yang dikenakan ke atas penggunaan beg plastik di pasar raya di seluruh Selangor akan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri itu, bermula 1 Januari 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Selangor Hee Loy Sian, berkata langkah itu bertujuan mengurangkan penggunaan plastik di Selangor.

“Dulu kita benarkan pasar raya kutip dengan harapan mereka buat program CSR (tanggungjawab sosial korporat) untuk pemuliharaan alam sekitar, tetapi kita dapati tidak semua pasar raya melaksanakannya.

“Disebabkan itulah bermula tahun depan, PBT di seluruh Selangor akan melaksanakan sendiri kutipan caj 20 sen bagi penggunaan beg plastik di pasar raya dalam memastikan ia mencapai objektif dikehendaki,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam, 4 November lalu.

Sehubungan itu, Hee berkata pihaknya akan membentang satu kertas kerja pada minggu depan berkaitan agihan caj kutipan tersebut dengan meletakkan satu klausa baru di dalam semua lesen perniagaan PBT.

Katanya menerusi klausa itu, PBT akan melaksanakan kutipan caj tersebut berdasarkan jumlah beg plastik yang dibeli oleh premis pasar raya berkenaan daripada pengilang.

“Sekiranya pasar raya gagal mematuhi peraturan berkenaan, PBT boleh mengeluarkan kompaun kepada pihak terlibat.

“Dan wang kutipan caj 20 sen itu juga kita akan gunakan untuk melaksanakan program CSR melibatkan alam sekitar di negeri ini, ” katanya, lapor Selangorkini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74242

Posted by on Nov 4 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE