PDRM perlu bebas pengaruh politik – Musa Hassan

KUALA LUMPUR 10 Dis: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak terutama pemimpin politik dan ahli perniagaan.

Beliau juga mahu statistik semasa yang tepat mengenai kadar jenayah di negara ini dimaklumkan kepada orang ramai, bukannya disembunyikan.

Musa berkata, ini penting kerana timbul kekeliruan berikutan sesetengah pihak mendapati kadar jenayah di negara ini tinggi dan ia menimbulkan kebimbangan.

“Bila timbul percanggahan rakyat akan keliru, kerana ada mengatakan tinggi, ada yang mengatakan tidak. Oleh itu, ia perlu penjelasaan, kita sedia maklum bahawa indeks jenayah punya pelbagai pecahan kerana merangkumi pelbagai jenis jenayah.

“Huraikan semua… apa itu jenayah kekerasan, jenayah harta benda dan bermacam lagi, biar rakyat faham jangan selindung,” katanya dipetik Sinar Harian, pada sidang media di Petaling Jaya, hari ini.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini pernah membangkitkan isu bahawa kadar jenayah di negara ini tinggi berbanding apa yang diperjelaskan oleh kerajaan.

Musa berkata, sebagai bekas Ketua Polis Negara, beliau tidak mahu PDRM dipengaruhi oleh mana-mana pihak terutama parti politik.

“Saya sayang dengan PDRM, jalankan tugas yang diamanahkan oleh rakyat, sebagai anggota penguat kuasa jangan babitkan diri dengan politik terutama ketika menjalankan tugas,” katanya dipetik.

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40966

Posted by on Dec 10 2012. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google