Peguam Negara sahkan terima kertas siasatan 1MDB

Peguam Negara Tommy Thomas hari ini mengesahkan sudah menerima kertas siasatan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, pasukan terdiri daripada timbalan pendakwa raya yang berkemahiran tinggi sudah ditugaskan untuk mengkaji kertas siasatan itu untuk prosiding jenayah dan sivil.

“Pegawai-pegawai yang akan menganggotai pasukan ini adalah terdiri daripada timbalan-timbalan pendakwa raya dan peguam-peguam kanan Persekutuan yang berpengalaman yang akan melaporkan hasil kajian mereka secara terus kepada saya,” kata Thomas dalam kenyataan.

Menurutnya lagi, beliau juga sudah menandatangani permohonan untuk bantuan bersama dalam perkara jenayah dengan Switzerland, Amerika Syarikat, Perancis dan Emiriah Arab Bersatu dalam kes berkaitan 1MDB.

“(Saya) berharap agar dapat mengambil tindakan lanjut serta menjalin kerjasama dengan pihak mereka,” katanya.

Putrajaya yang kini dipimpin kerajaan Pakatan Harapan membuka kembali siasatan 1MDB selepas Barisan Nasional kalah pada pilihan raya 9 Mei lalu.

Siasatan sedang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM dan SRPM. 

Sebuah Pasukan Petugas Khas 1MDB juga dibentuk untuk membantu kerajaan mendapatkan kembali aset yang dibeli dengan wang disonglap daripada 1MDB.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71876

Posted by on Jun 12 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE