Pelan Tindakan Strategik Kesihatan Mental Kebangsaan di peringkat akhir

Kerajaan sedang berada di peringkat akhir untuk membangunkan Pelan Tindakan Strategik Kesihatan Mental Kebangsaan, yang dijangka dilancarkan pada tahun hadapan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata pelan itu dibangunkan khusus untuk meningkatkan kesedaran kesihatan mental dalam kalangan masyarakat selain meningkatkan kualiti perkhidmatan dalam bidang itu.  

“Fokus pelan ini adalah perkongsian pintar antara agensi-agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan profesional antaranya tentang kepentingan mendapatkan bantuan dan rawatan bagi masalah kesihatan mental,” katanya dalam sesi pertanyaan lisan di Parlimen semalam.

Dr Lee menjawab soalan dikemukakan RSN Rayer (Jelutong-PH) berkenaan langkah kerajaan untuk mengurangkan kejadian bunuh diri yang semakin meningkat dalam negara.

Berdasarkan statistik kajian Kementerian Kesihatan, tingkah laku bunuh diri dalam kalangan remaja berumur 13 hingga 17 menunjukkan peningkatan trend sebanyak 10 peratus pada 2017 berbanding 7.9 peratus pada 2012.

Sementara, statistik Polis Diraja Malaysia melaporkan sebanyak 356 kes bunuh diri dilaporkan di Malaysia dari tahun 2014 hingga 2019.

Bagi menangani masalah berkenaan, anggota Parlimen Gopeng itu berkata, Kementerian Kesihatan menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan bagi masalah kesihatan mental di 60 buah hospital kerajaan dan 1,001 buah Klinik Kesihatan serta 25 Pusat Komuniti Kesihatan Mental (MENTERI) seluruh negara.

“Individu yang menghadapi masalah mental juga boleh mendapatkan bantuan menerusi talian hotline iaitu 0379568145,” tambah beliau.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74187

Posted by on Oct 24 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE