Pelantikan Azeez burukkan imej Tabung Haji

(Oleh : Mohd Arif Juhani)
Kerajaan digesa mengkaji semula pelantikan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai pengerusi Tabung Haji menggantikan Tan Sri Abi Musa Asa’ari.
Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, ia penting kerana institusi itu adalah amanah umat Islam di Malaysia dan mesti diselia tokoh yang berwibawa.Dr_Md_Nur_Manuty
“Pelantikan ini bukan sekadar perspektif korporat semata-mata, tetapi merupakan amanah besar yang perlu dipelihara tokoh yang lebih layak.
“Azeez bukan orangnya,” ujar Pengerusi KEADILAN Perak kepada Keadilandaily.
Menurutnya, pelantikan Azeez dilihat tidak menambah baik institusi itu yang pernah terpalit dengan pelbagai skandal beberapa tahun kebelakangan ini.
“Pelantikan Azeez sebagai pengerusi hanya perhitungan politik Umno-BN seperti yang berlaku kepada Datuk Abdul Ghani Othman, Tan Sri Dr Rais Yatim dan ramai lagi.
“Kerajaan Umno-BN didesak mendedahkan kriteria dimiliki Azeez sebagai pengerusi, walhal ramai lagi yang lebih layak menerajui Tabung Haji,” katanya.
Pada 1 Julai lalu, Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji selepas menjadi ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji sejak 2011.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=54103

Posted by on Jul 7 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE