Pembahagian kerusi Pakatan Rakyat muktamad petang ini – Azmin

(Oleh Aisha Geoffrey)

SUBANG JAYA 18 APRIL: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memuktamadkan keputusan rundingan kerusi bersama DAP dan PAS pada petang ini, kata Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali.

“Masih ada satu dua kerusi yang perlu kita muktamadkan pada petang ini bersama PAS dan DAP. Datuk Seri Anwar dan pimpinan Pakatan akan meneruskan rundingan dan keputusan akan ditetapkan petang ini juga,” kata Azmin kepada media berhubung perkara itu.

AzminBeliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Watikah kepada calon KEADILAN di sebuah hotel, dekat sini, tengahari tadi.

Ditanya berkenaan status Parlimen Labuan, Azmin menjelaskan, KEADILAN dan PAS berpegang kepada prinsip satu lawan satu.

Sebab itu katanya, rundingan sentiasa berjalan antara semua parti dalam Pakatan dan meneliti faktor kemenangan di setiap kawasan secara bersama.

“Kita sentiasa berunding untuk memastikan tiada pertembungan dan sama-sama meneliti sambutan rakyat di setiap kawasan selain mengambil kira faktor kemenangan,” katanya.

Tambah calon Parlimen Gombak itu lagi, kekuatan Pakatan terletak pada kesepakatan dan kesediaan untuk sentiasa berbincang bersama.

“Rundingan kerusi mengambil sedikit masa tambahan, kerana mengambil kira kekuatan Pakatan iaitu meneruskan rundingan dan mencapai kata sepakat. Itu yang penting dalam sesebuah organisasi,” jelasnya.

“Bagi peringkat dalaman parti juga, kita sentiasa mendengar pendapat ahli di peringkat akar umbi.

“Pemimpin tak akan buat keputusan tanpa merujuk kepada ahli parti, kita melayani semua padangan dan keputusan dicapai bersama,” kata Azmin.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50693

Posted by on Apr 18 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google