Pembangkang akan muncul dengan lebih kuat – Anwar

KUALA LUMPUR 23 JUN: Niat dan semangat Pembangkang dalam perjuangan menyelamatkan Malaysia dari kepincangan tatakelola dan autoritarianisme Barisan Nasional terus utuh, kata Saudara Anwar Ibrahim.

Walau apa pun, Ketua Umum KEADILAN itu berkata, Pembangkang dalam masa sama masih berfungsi dan teguh di peringkat Kerajaan-Kerajaan Negeri dan Parlimen.

Anwar“Kita sekarang sedang berusaha untuk menjalin kesepakatan yang lebih kukuh dan yang kekal, supaya rakyat dapat diberi khidmat yang lebih baik,” kata Anwar dalam perutusan beliau melalui peguamnya hari ini.

“Tekanan dan ketegangan seperti yang kita saksikan ini adalah fitrah sebuah gabungan politik yang telus dan demokratik seperti Pakatan Rakyat; ianya tidak bermakna kita tidak boleh menyelesaikan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi,” katanya menyedari tentang beberapa perkara yang berlaku dalam Pembangkang akhir-akhir ini.

Beliau juga percaya Pembangkang, setelah disusun semula dengan kekuatan baharu termasuk NGO-NGO, akan muncul bersatu dan lebih kuat selepas ini.

“Dari sebalik tirai besi ini, saya menggesa teman-teman seperjuangan di dalam parti-parti Pembangkang dan juga rakyat Malaysia untuk terus bergerak dalam perjuangan ini hinggalah kemenangan dikecapi dan Malaysia diselamatkan.

“Yakinlah, saya tidak akan sesekali meninggalkan perjuangan ini selagi nyawa dikandung badan,” kata Anwar lagi yang memulakan perutusan itu dengan ucapan Ramadan Kareem buat semua.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=66954

Posted by on Jun 23 2015. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE