Pembangkang bantah larangan siaran laporan persempadanan SPR

Gabungan pembangkang membantah tindakan speaker Dewan Rakyat mengenakan embargo ke atas laporan persempadanan semula pilihan raya yang diedarkan di hari ini.

Bantahan itu dinyatakan secara bersama oleh Pakatan Harapan, Parti Warisan Sabah dan PAS pada sidang media sebentar tadi.

“Kita sebagai ahli Parlimen membantah kerana kita tidak boleh membaca laporan persempadanan semula yang diletak atas meja kami. Ia menjadi satu peraturan baru yang tidak pernah berlaku.

“Kita boleh lihat ada dekat 900 protes yang diberikan terhadap persempadanan semula ini. Jadi kita memerlukan waktu untuk mengkajinya semula,” kata Anggota Parlimen Permatang Pauh merangkap Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi ini mengumumkan laporan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenai persempadanan semula kawasan pilihan raya akan dibentangkan di Parlimen Rabu depan.

Namun, pengumuman Pandikar itu dibuat sewaktu salinan laporan itu telah diletakkan di semua meja MP tetapi kandungannya dikenakan embargo sehingga 28 April.

Laporan itu mengandungi syor-syor yang dicadangkan bagi bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan dan negeri bagi 2018 (ST27 tahun 2018) dan draf persempadanan bahagian pilihan raya (ST28 tahun 2018).

Pandikar memberi amaran bahawa laporan itu tidak boleh diterbitkan sehingga ia dibentangkan pada Rabu depan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71492

Posted by on Mar 22 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE