Pembangkang kemuka usul lanjutan hakim

KUALA LUMPUR 9 OGOS: Pembangkang hari ini mengemukakan usul untuk meminta isu lanjutan tempoh Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif dibahaskan di Dewan Rakyat, kata ketua whip KEADILAN, Datuk Johari Abdul.

Ketua Pembangkang merangkap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menulis surat kepada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia dengan tandatangan ahli Parlimen pembangkang.

“Kami mendapat 60 tandatangan, termasuk tandatangan daripada anggota parlimen PAS. Ini adalah protes kepada lanjutan ketua hakim,” kata Johari, memetik Malaysiakini.

Usul itu dibentangkan di bawah Artikel 127 Perlembagaan Persekutuan, yang menetapkan bahawa Dewan Rakyat hanya boleh membincangkan tingkah laku seseorang hakim jika ia mendapat sokongan satu perempat anggota parlimen.

“Kami dikehendaki mengemukakan 55 atau 56 tandatangan mengikut perlembagaan.

“Kami menulisnya semalam dan Pandikar perlu menjawab selewatnya esok. Jika beliau membenarkannya, usul itu akan dibahaskan dalam sesi berikutnya,” kata ahli Parlimen Sungai Petani itu.

Johari berharap kerajaan akan mengkaji semula pelantikan itu selepas perkara itu dibahaskan di parlimen.

Usul itu juga dikemukakan mengikut Seksyen 38 peraturan mesyuarat, yang membabitkan usul untuk dibentangkan.

Hakim Raus mengangkat sumpah sebagai ketua hakim negara selepas Pejabat Perdana Menteri bulan lalu mengumumkan lanjutan tempoh Raus sebagai ketua hakim negara dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, masing-masing selama tiga dan dua tahun.

Lanjutan pelantikan tersebut mengundang kontroversi apabila pelbagai pihak, termasuk bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad, bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Gopal Sri Ram dan Badan Peguam Malaysia, mempersoalkan pelantikan tersebut.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70359

Posted by on Aug 9 2017. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE