Pemergian Shuhaimi dirasai rakyat Selangor

Pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Shuhaimi Shafiei dirasai seluruh rakyat Selangor, kata Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Memetik laporan Bernama, Amirudin berkata Shuhaimi yang dikenalinya sejak 1998 lagi dianggap beliau seperti seorang ‘abang’ dalam berpolitik.

“Saya kehilangan abang dan teman jatuh bangun dalam politik hari ini,” kata Amirudin.

“Arwah seorang yang secara peribadinya rapat dengan saya, kami sama-sama berjuang serta merasai jatuh dan sama-sama bangun di arena politik negara.

“Jasa arwah sebagai ADUN di Sri Muda dan kini Sungai Kandis, selain menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor sebelum ini amat besar dan kematian beliau hari ini bukan hanya dirasai oleh keluarganya tetapi oleh seluruh rakyat Selangor,” katanya.

Shuhaimi meninggal dunia pada 11.10 pagi tadi akibat kanser limfoma di Pusat Perubatan Subang Jaya.

Sementara itu, Timbalan Presiden KEADILAN merangkap Perdana Menteri Malaysia, Dr Wan Azizah Wan Ismail turut merakamkan rasa takziah atas pemergian Shuhaimi.

“Beliau adalah seorang tokoh masyarakat yang disenangi rakyat dan mudah didekati.

“Pastinya pemergian beliau amat dirasai oleh khalayak terutama sekali kepada keluarga beliau,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71960

Posted by on Jul 2 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE