Pemfitnah Anwar kini ditangkap menghasut

Penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo ditahan polis kerana tindakannya menyiarkan kenyataan-kenyataan menerusi video yang berbaur hasutan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun sewaktu mengesahkan perkara itu turut memberi amaran akan tindakan tegas polis terhadap mereka yang cuba membangkitkan isu perkauman yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

“Kita tidak mahu perkara berkaitan perkauman dibangkitkan dalam keadaan luar biasa. Jika dibiarkan, ia akan menimbulkan masalah lain dari segi keselamatan.

“Jadi kita bukan sahaja mengambil tindakan terhadap Papagomo ini tetapi semua yang terlibat terutama mereka yang menggunakan media sosial untuk menimbulkan keadaan tegang dalam kalangan masyarakat,” katanya memetik ASTRO Awani.

Beliau ditemui media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Perak antara Datuk Hasnan Hassan dan pemangku, Datuk Razaruddin Husain di Ipoh.

Wan Muhammad atau Papagomo ditahan di Lokap Berpusat Kuala Lumpur, Jinjang awal pagi ini untuk membantu siasatan berhubung perhimpunan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada 8 Disember ini.

Papagomo diperintahkan membayar RM951,267 kepada Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas memfitnah beliau menerusi blog miliknya pada 2013.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72640

Posted by on Nov 30 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE