Pemilihan parti ditangguhkan 18 bulan, beri laluan PRU 14

(Oleh Nadia Hanafi)

SAIFUDDIN_NASUTIONKUALA LUMPUR 21 MEI: Pemilihan jawatan-jawatan utama Parti Keadilan Rakyat akan ditangguhkan bagi memberi sepenuh tumpuan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam Kongres Nasional KEADILAN ke 12 mencadangkan sutu pindaan dibuat ke atas Fasal 47.3 Perlembagaan Parti untuk menangguhkan pemilihan tidak melebihi 18 bulan sehingga selesai PRU yang dijangkakan selewat-lewatnya pada Jun 2018 selesai.

“Mengikut peruntukan, pemilihan parti hendaklah dipanggil oleh Majlis Pimpinan Pusat setiap tiga tahun sekali.

“Majlis Pimpinan Pusat boleh mengawalkan atau menangguhkannya bagi suatu tempoh tidak lebih dari lapan belas bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan.

“Oleh yang demikian, seluruh tumpuan parti boleh dikerah ke arah mempersiapkan parti menghadapi pilihan raya dan kemenangan dalam pilihan raya membawa maksud pembebasan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Beliau mencadangkan pindaan itu mewakili ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) di Kongres KEADILAN ke 12 di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 21 Mei lalu.

Usai beliau membentangkan usul tersebut, perwakilan di dalam dewan diminta untuk mengangkat tangan sekiranya menyokong usul itu.

Namun, majoriti daripada mereka berdiri menunjukkan kesepakatan menyokong usul berkenaan.

Pemilihan parti yang terakhir disempurnakan pada 27 Mei 2014 lalu.

Mengikut Fasal 21.10 Perlembagaan Parti, tempoh khidmat MPP sekarang adalah sehingga 26 Mei 2017 atau sehingga MPP yang baharu dipilih.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=69987

Posted by on May 21 2017. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE