Pemimpin AMK gesa hentikan sentimen anti-Semenanjung di Sarawak

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Santubong Haziq Aziz menggesa pemimpin Sarawak agar  berhenti menanam kebencian terhadap rakyat Malaysia di Semenanjung untuk kekal berkuasa.

Lamgkah itu yang merupakan sentimen ‘anti-Malaya’ kembali dibangkitkan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Layar, Gerald Rentap Jabu merangkap ketua pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada 18 Januari lalu.

Haziq membidas kenyataan Jabu dalam akhbar Sarawak Tribune yang mendakwa pemimpin politik Semenanjung menganggap diri mereka lebih pandai berbanding penduduk Sarawak.

“Amat menyedihkan apabila badan pemuda sebuah parti politik masih menggunakan modal politik lapuk. Politik perkauman anti-Malaya yang diapi-apikan oleh PBB-GPS adalah modal politik yang sama digunapakai oleh Umno-BN sepanjang 61 tahun mereka memerintah. 

“Persamaan modal politik yang digunapakai oleh PBB ini tidak mengejutkan kerana PBB-GPS lahir dari kantung yang sama dengan Umno-BN,” kenyataan Haziq dipetik.

GPS adalah Gabungan Parti Sarawak yang terdiri daripada bekas sekutu BN di Sarawak yang bertindak meninggalkan Umno selepas rejim BN ditumbangkan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Selain PBB, tiga parti lain yang membentuk GPS adalah Parti Rakyat Bersatu Sarawak, Parti Rakyat Sarawak dan Parti Demokratik Progresif Sarawak.

“PBB-GPS sedar bahawa mereka akan kehilangan kuasa tidak lama lagi. Lantaran itu, modal politik yang paling mudah untuk mereka zikirkan ialah dengan meniup api-api kebencian kepada apa jua entiti dari Semenanjung Malaysia. 

“Hitler juga menggunakan modal yang sama dahulu. 

“Apabila ekonomi Jerman gagal ditadbirurus dengan baik, Hitler menggunakan modal perkauman dengan menghasut rakyat membenci kaum Yahudi kononnya semua punca permasalahan Jerman pada ketika itu adalah berpunca daripada kaum Yahudi di Jerman,” kata Haziq.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72833

Posted by on Jan 22 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE