‘Pemimpin ekstremis tak sesuai di Selangor’

Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunus bakal menyebabkan BN kehilangan deposit jika mahu mencabar menteri besar Selangor dalam pilihan raya akan datang.

Shuhaimi yang juga merupakan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor itu menyandarkan keyakinannya itu berdasarkan reputasi Jamal sebagai seorang pelampau yang tiada tempat dalam pentadbiran Selangor.

“Jamal seorang ekstremis sangat tidak sesuai di Selangor, namun itu adalah haknya untuk bertanding di mana-mana kawasan yang disukai.

“Boleh jadi BN hilang deposit jika orang sepertinya dipilih sebagai calon,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas hasrat Jamal yang dilaporkan berhajat untuk mencabar Datuk Seri Azmin Ali di kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa dalam pilihan raya akan datang.

Menurut Shuhaimi, hanya mereka yang berlatar belakang profesional dan berpengalaman dalam pentadbiran mampu bertanding di Bukit Antarabangsa- satu sindiran kepada Jamal yang terkenal dengan gimik politik demi gimik politik untuk menarik liputan media.

“Calon wajib ada latar belakang profesional dan mempunyai kematangan pentadbiran kerana masyarakat di sana terdiri dalam kalangan terpelajar dan berpendidikan tinggi.

“Calon juga perlu mempunyai ciri yang menghormati perbezaan pendapat dan menangani sebarang isu secara berhemah bukannya beremosi,” katanya, lapor Sinar Harian.

Jamal sebelum ini mencuri perhatian ramai menerusi aksi memecahkan botol bir dan bertuala sambil memegang berus gigi di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam.

Beliau juga pernah mengetuai Gerakan Merah, sebuah gerakan perkauman yang berarak bagi membantah perhimpunan Bersih 5 di ibu kota pada satu masa dahulu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70787

Posted by on Nov 28 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE