Pemimpin KEADILAN ucap tahniah pada Harimau Malaya

Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Harimau Malaya yang mara ke peringkat separuh akhir Piala AFF Suzuki selepas menumpaskan Thailand dalam perlawanan akhir semalam.

Beliau yang menonton perlawanan tersebut gembira dengan corak permainan pasukan kebangsaan.

“Saya ikuti langsung pertarungan Malaysia lawan Thailand. Corak permainan yang semakin mantap dari hemat saya, selain semangat juang yang jitu ditonjolkan. 

“Alhamdulillah, kita mara ke final. Mara terus, Harimau Malaya!” hantaran Facebook beliau dipetik.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah turut merakamkan ucapan tahniah beliau.

“Setinggi tahniah kepada pasukan #HarimauMalaya berjaya mara ke pentas akhir AFF Suzuki,” katanya menerusi Facebook.

Tidak ketinggalan adalah ucapan daripada Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Saya di Vienna pun boleh dengar ngauman #HarimauMalaya masuk final #AFFSuzuki2018. Tahniah!” hantaran Twitter beliau dipetik.

Harimau Malaya malam tadi menghadiahkan mimpi ngeri kepada Thailand apabila mengikat pasukan gajah perang itu dengan keputusan seri 2-2 pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF.

Ia sekaligus menyaksikan Malaysia mara ke perlawanan akhir menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Ini kali keempat Malaysia mara ke peringkat akhir selepas muncul juara 2010 dan naib juara 1996 dan 2014.

Malaysia akan bertemu sama ada Filipina atau Vietnam di perlawanan akhir timbal balik pada 11 dan 15 Disember.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72659

Posted by on Dec 6 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE