‘Penafian hak Anwar bakal jejaskan hubungan Malaysia-US’

Menjelang lawatan perdana menteri ke Amerika Syarikat, penasihat undang-undang antarabangsa dari Amerika Syarikat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Putrajaya tentang kesan daripada pemenjaraan Ketua Umum KEADILAN itu.

Kimberley Motley yang juga merupakan aktivis hak asasi manusia tersohor di peringkat antarabangsa berkata tindakan kerajaan untuk terus memenjarakan Anwar akan memburukkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Setiap saat, minit dan hari Anwar terus dipenjarakan bakal menghakis keyakinan terhadap kedaulatan undang-undang Malaysia serta menguatkan lagi sikap tidak acuh kerajaan terhadap hak asasi manusia.

“Jika hak-haknya terus diabaikan, saya benar-benar yakin ia mempunyai potensi untuk menjejaskan kedudukan Malaysia dan hubungan ekonomi dengan Amerika Syarikat dan negara-negara lain,” katanya dalam kenyataan.

Pemenjaraan Anwar juga katanya adalah satu bentuk insiden ‘mata lebam’ – sindiran kepada insiden Anwar ditumbuk bekas ketua polis negara sewaktu Fitnah I – ke atas kedaulatan undang-undang Malaysia.

“Anwar yang sudah dipenjarakan selama hmpir 1000 hari perlu dibebaskan dengan segera.

“Pemenjaraannya yang berterusan adalah ‘mata lebam’ yang amat teruk terhadap kedaulatan undang-undang Malaysia,” katanya lagi.

Motley hadir ke Malaysia pada 2016 untuk bertemu Anwar di Penjara Sungai Buloh yang diwakilinya secara percuma.

Namun, beliau dinafikan akses kepada tokoh pembangkang itu oleh Kementerian Dalam Negeri.

Kenyataan terkini Motley ini dikeluarkan sewaktu Datuk Seri Najib Razak dijadualkan bertemu Presiden Donald Trump dalam rangka lawatannya ke Rumah Putih.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70499

Posted by on Sep 12 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE