Pendedahan video: Taib Mahmud patut diheret ke muka pengadilan

Ruqayya Rahman

KUALA LUMPUR 20 MAC: Tan Sri Taib Mahmud perlu diheret ke muka pengadilan ekoran tersebarnya bukti rakaman yang mendedahkan dakwaan kerakusan Ketua Menteri Sarawak itu merompak hak rakyat Sarawak.

Justeru, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian mendesak Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) dan polis segera menyiasat perbuatan salah guna kuasa berprofil tinggi itu.Baru Bian

Merujuk video yang dimuat naik Global Witness, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di London, beliau mendesak Taib Mahmud memberi alasan munasabah terhadap pendedahan itu.

“SPRM dan Polis perlu segera siasat perkara itu, Taib Mahmud juga perlu segera jawab. Bukti sudah jelas, tak boleh lari lagi,” katanya Keadilan Daily.

Baru Bian juga menuntut penjelasan Datuk Seri Najib Razak berikutan rakaman itu turut mendedahkan nama adik ipar Perdana Menteri iaitu Khadijah Abdul Rahman.

“Kes ini bukan hanya melibatkan keluarga Taib Mahmud tetapi juga adik ipar Perdana Menteri. Kita gesa Najib arahkan siasatan telus dilakukan,” katanya.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat sebelum ini berulang kali membuat kenyataan berkaitan salah laku Taib Mahmud tetapi sehingga kini tiada sabitan mahkamah.

Global-Witness (1)Global Witness pada 2003 menghantar seorang penyiasat yang menyamar sebagai pelabur asing kononnya mahu membeli tanah dengan harga tinggi.

Penyiasat itu menemui Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (Recoda), sebuah badan kerajaan negeri yang mengendalikan pelaburan asing, sebelum dibawa bertemu ahli keluarga Taib Mahmud.

Pertemuan bersama ahli keluarga itu dan ejen syarikat dirakam secara sembunyi, sebelum rakaman berdurasi 15 minit itu tersebar di Youtube.

taibIa mendedahkan Taib Mahmud meluluskan penjualan tanah milik kerajaan Sarawak kepada syarikat luar negara dan wang berkenaan didakwa disalur kepada syarikat milik ahli keluarganya.

Video itu turut mendedahkan penglibatan Ahli Parlimen Tanjung Manis, Norah Abdul Rahman sebagai pemilik Ample Agro, sebuah syarikat milik ahli keluarga Taib.

Mengikut rakaman itu, ahli keluarga Taib Mahmud turut menghina dan mempersenda penduduk Sarawak yang miskin dengan menyifatkan mereka sebagai ‘menumpang’ di tanah kerajaan.

(FZL)

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47846

Posted by on Mar 20 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google