Penderma RM2.6 bilion ditangkap?

Putera Turki Abdullah pengasas bersama syarikat minyak PetroSaudi yang mempunyai kaitan dengan skandal 1MDB ditahan di Arab Saudi.

Penahanan ini dilakukan dalam satu operasi antirasuah yang menyaksikan pergolakan dalam institusi Raja yang memerintah di negara itu.

Pemerintah Saudi, Raja Salman memerintahkan penubuhan badan antirasuah yang dipengerusikan oleh Putera Mahkota Mohammed Salman, 32, yang sedang mencipta nama dalam politik negara itu.

Putera Turki didakwa menjadi penderma wang berbilion ringgit yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang juga bekas gabenor Riyadh merupakan anak ketujuh Raja Abdullah Abdulaziz, yang memerintah Arab Saudi daripada 2005 hingga kematiannya sepuluh tahun selepas itu.

Reuters melaporkan, turut ditahan adalah jutawan Alwaleed Talal, salah seorang ahli perniagaan terkemuka.

Putera Alwaleed, anak saudara raja dan pemilik syarikat pelaburan Kingdom Holding, melabur dalam syarikat-syarikat seperti Citigroup dan Twitter.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70744

Posted by on Nov 7 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE