Penduduk desak Mufti Johor hentikan kerja pemindahan kubur Islam di Pengerang

Majlis amanat Mufti Negeri Johor sempena projek penyediaan tapak dan kerja-kerja pengalihan kubur-kubur Islam untuk pembangunan hub minyak dan gas (RAPID) kawasan Pengerang telah diadakan di kampung Teluk Empang pada jam 2.30 petang tadi.

Kehadiran Mufti negeri Johor amat dinanti-nantikan oleh sebilangan besar penduduk bagi mendapatkan penjelasan penuh terhadap kecuaian yang telah di lakukan oleh pihak Perbadanan Islam Johor dan kontraktor yang di lantik.

Semasa di dalam ucapan taklimat oleh Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor (PIJ) Tuan Haji Rashid, beliau memberitahu bahawa kerja-kerja pemindahan kubur islam tidak berwaris telah dilakukan secara sempurna dan mengikuti hukum syarak serta fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti.

Beliau menambah bahawa sebagai pelaksana yang bertanggung jawab, beliau telah dan sentiasa mematuhi ketetapan serta mendapat tunjuk ajar dari pihak mufti sendiri.

Haji Hasnul Bin Ahmad, anak jati kelahiran Pengerang telah mendedahkan perkara sebenar akan kejadian dimana berlaku banyak kecuaian yang dilakukan oleh pihak Perbadanan Islam Johor (PIJ) selaku agensi pelaksana projek pemindahan kubur islam semasa menggali perkuburan islam tanpa waris di kampong jawa dan di kampong sebong.

Beliau mendedahkan bahawa, pelaksana dengan secara sengaja tidak menghormati jenazah dengan melakukan pengurusan lebih teruk dan buruk. Nilai etika kemanusiaan telah hilang dan taraf jenazah islam lebih rendah dari haiwan peliharaan.

Beliau memberitahu bahawa syarat yang telah di tetapkan Mufti negeri Johor tidak tepati oleh pelaksana. Pengkebumian mayat-mayat yang digali sama keperluan dan peraturan bagi mengebumikan jenazah yang baru meninggal dunia.

Beliau menambah adalah menjadi tanggungjawab semua pihak memastikan tertibnya proses pemindahan kerana ianya adalah fardu kifayah buat semua umat islam.

Kerja-kerja penggalian dijalankan termasuk ke atas kawasan kubur yang berwaris

Beliau menggesa agar Mufti Johor memberhentikan serta-merta kerja-kerja penggalian semula perkuburan Islam samada perkuburan yang berwaris atau tidak berwaris.

Mufti Negeri Johor, Datuk Tahrir di dalam ucapannya menggariskan panduan-panduan dan peraturan khusus bagi melaksanakan kerja-kerja pengalihan kubur-kubur islam. Beliau telah meminta pihak pelaksana (PIJ) dan kontraktor yang di lantik agar memastikan semua syarat-syarat dipatuhi.

Disamping itu beliau telah meminta pihak pelaksana (PIJ) agar membina perparitan di kawasan perkuburan baru di kampong Punggai di sebabkan perkuburan baru tersebut becak dan air bertakung.

Pihak pelaksana juga di minta agar membina pagar di perkuburan baru agar binatang liar tidak menceroboh dan manggali perkuburan. Kemudahan jalan masuk juga hendaklah di turap jalan tar. Kawasan perkuburan baru juga di minta agar di tanam dengan pokok-pokok dan lanskap setelah tinjauan di buat oleh beliau mendapati perkuburan tersebut ibarat padang jarak padang terkukur.

Sehubungan dengan insiden yang berlaku, Mufti Johor akan memastikan kerja-kerja pemindahan kubur di tangguhkan sehingga segala permasalahan selesai. Beliau telah memohon maaf secara terbuka kepada penduduk islam di Pengerang dan terhadap kecuaian yang telah berlaku hingga menyebabkan kemarahan penduduk.

Kept Husnol Ahmad
Naib Pengerusi Gabungan NGO Pengerang

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42410

Posted by on Jan 4 2013. Filed under KENYATAAN MEDIA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE