Penduduk Sabah, Sarawak akan dapat Jaringan Lebuhraya Borneo

(Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR 28 Sept: Pakatan Rakyat akan menaik taraf rangkaian jalan raya di Sabah dan Sarawak sebagai lebuh raya yang dikenali sebagai Jaringan Lebuhraya Borneo (JLB).

Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata JLB memfokus pembinaan jaringan lebuh raya menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Pantai Timur Sabah.

Ketua Pembangkang itu berkata, JLB penting untuk pembangunan kedua-dua negeri itu supaya setanding dengan bandar lain di seluruh negara.

“Ketidaksamaan rangkaian jalan raya Malaysia sangat ketara. Ia terbukti apabila setakat 2009, di Semenanjung sudah capai 35,734 kilometer.

“Berbanding di Sabah dan Sarawak, hanya 10,171 kilometer bagi tempoh sama sedangkan hasil minyak dan gas mereka banyak menyumbang kepada pembangunan infrastruktur negara,” katanya.

Selain itu, Anwar berkata, Pakatan juga bercadang menaik taraf rangkaian keretapi di Sabah dan Sarawak bagi menilai impaknya kepada perkembangan ekonomi kedua-dua negeri itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=36868

Posted by on Sep 26 2012. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE