Peneroka Felcra terima RM27.59 juta dividen

Seramai 46,922 peneroka Felcra seluruh negara akan menerima dividen daripada keuntungan berjumah RM27.59 juta.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali, jumlah tersebut datang daripada 70 peratus keuntungan hasil ladang bagi tempoh Januari hingga April 2019.

“Baki 30 peratus akan diagih bersekali dengan bayaran agihan keuntungan akhir pada April 2020 nanti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, FELCRA akan memastikan bayaran agihan keuntungan Interim 1/2019 kepada peserta dapat dilaksanakan mengikut jadual dan masa yang ditetapkan.

“FELCRA bertanggungjawab untuk menguruskan 220,086 hektar bagi 112,454 peserta yang merangkumi kira-kira 1,774 projek di seluruh negara.

“Oleh itu, jumlah keuntungan yang diagihkan ini diperolehi daripada keuntungan bersih ladang-ladang milik peserta yang diurus dan dimajukan oleh FELCRA melibatkan 509 buah projek,” katanya.

Azmin juga berkata, pengurusan FELCRA sentiasa memastikan produktiviti ladang sentiasa berada pada tahap optimum.

“Usaha ini adalah untuk mengimbangi pendapatan yang terjejas akibat penurunan harga komoditi pasaran sedunia,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73843

Posted by on Aug 2 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE