Pengangguran di Selangor menurun dalam tiga tahun

Kadar pengangguran di Selangor terus menurun dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, kata Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman.

Menurutnya, kadar pengangguran di Selangor sebanyak 3.2 peratus pada 2016 peratus menurun kepada 2.8 peratus pada 2017 dan 2018.

“Oleh yang demikian, kerajaan negeri meletakkan sasaran kadar pengangguran bagi 2019 di Selangor menurun kepada 2.5 peratus,” katanya pada sesi pertanyaan lisan di sidang DUN Selangor pada 5 November lalu.

Katanya Selangor akan memberi fokus kepada karnival kerja berskala besar di peringkat negeri dan berskala kecil mengikut daerah di seluruh Selangor.

“Kerajaan negeri turut mengambil pelbagai langkah lain dengan meningkatkan program pembangunan ekonomi belia.

“Antaranya, kursus atau latihan di bawah Jawatankuasa Tetap Modal Insan, pendidikan kemahiran dan vokasional dan program latihan rangsangan kerjaya rakyat,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74245

Posted by on Nov 5 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE