Pengarah Strategi bebas daripada dakwaan himpunan KitaLawan

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin merakamkan rasa syukur apabila dibebaskan mahkamah daripada tuduhan berkaitan himpunan Kita Lawan pada 2015.

“Justice at last! Selepas tiga tahun kami dituduh dalam kes perhimpunan aman #KitaLawan kami dibebaskan dan dilepaskan akhirnya.

“Semoga tiada orang lagi akan dizalimi di bumi Malaysia Baharu,” katany dalam kenyataan.

Pengarah Strategi KEADILAN itu dibebaskan  oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi ini bersama Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah dan bekas aktivis NGO proreformasi pilihan raya Bersih, Mandeep Singh

Ini adalah kali kedua mereka dilepaskan sebelum didakwa semula.

Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman membenarkan permohonan untuk pembebasan oleh peguam Vince Tan dan bukan sekadar dilepaskan.

Ini selepas timbalan pendakwa raya (TPP), Noorelynna Hanim Abd Halim memaklumkan kepada majistret bahawa Pejabat Peguam Negara (AGC) menerima surat representasi dan bersetuju untuk menggugurkan pertuduhan.

“Setelah meneliti representasi, pihak pendakwaan membuat keputusan untuk menarik balik kes ini,” kata Noorelynna.

Peguam Vince Tan yang mewakili ketiga-tiga mereka memohon mahkamah melepas dan membebaskan kesemua anak guamnya daripada pertuduhan itu dengan alasan pihak pendakwaan tidak berhasrat untuk meneruskan pendakwaan.

Ketiga-tiga mereka adalah antara sembilan individu yang didakwa pada September tahun 2015 di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan Kita Lawan antara 28 Februari dan 28 Mac.

Mereka didakwa menyertai protes jalanan itu antaranya bagi tujuan Reformasi dan Bebaskan Anwar dan Bebas Berhimpun Bebas Bersuara.

Semua mereka didakwa mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000.

Ketiga-tiga mereka itu didakwa pada 8 Sept 2015, bagaimanapun mereka dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret pada 28 Ogos 2017 berikutan pendakwaan tidak hadir pada hari itu menyebabkan mahkamah melepas tanpa membebaskan mereka.

Bagaimanapun mereka kemudian didakwa semula atas pertuduhan sama pada 4 Okt 2017 dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72124

Posted by on Aug 3 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE