Pengundi Cina tolak kad Najib, marah PM petik ucapan Deng Xiaoping

(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 7 Feb: Datuk Seri Najib Razak gagal menambat hati pengundi Cina berikutan keengganan kaum itu menerima kad ucapan Tahun Baru Cina mengandungi tandatangan Perdana Menteri.

Kad tersebut dipos terus ke rumah dan kali ini ia datang bersama paket ang pau yang memaparkan foto Najib bersama petikan bekas pemimpin parti komunis China, Deng Xiaoping mengenai reformasi.

kad 1“Orang Cina marah Najib selalu bagi surat dan pesanan teks setiap kali perayaan. Ramai yang mengadu pada saya, dan tidak puas hati dari mana alamat mereka diperolehi, tempat mengundi dan sebagainya. Ini tindakan ‘nuisance’ (kacau ganggu),” kata Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Chua Jui Meng.

Xiaoping (1904-1997) memainkan peranan penting dalam menggerak China ke arah pasaran ekonomi terbuka.

Dalam surat dwibahasa itu, Najib mengingatkan masyarakat Cina bahawa reformasi tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa.

Katanya, beliau mencontohi semangat Xiaoping dalam melaksanakan program transformasi, ibarat ‘menyeberangi sungai sambil menyentuh batu’.

Ini kata-kata masyhur digunakan Xiaoping pada 1980-an untuk menggambarkan pendekatan pragmatik parti komunis China ke arah reformasi, yang beliau rasakan perlu dilakukan langkah demi langkah.

Jui Meng berkata, Najib tidak layak menyamai pemerintahan Xiaoping yang jauh lebih baik memacu ekonomi negaranya.

DengMenurutnya, Xiaoping (gambar) membawa reformasi kepada sistem ekonomi China dalam masa singkat, menyuburkan ekonomi negara komunis itu kepada pasaran ekonomi terbuka sehingga mencapai kekayaan negara sebanyak RM3 trilion dolar Amerika.

“Kualiti kepimpinan Xiaoping jauh lebih tinggi dari Najib. Tengok Malaysia di bawah pentadbiran Najib, hanya pandai berhutang, sehingga mencecah RM620 bilion,” katanya kepada Keadilan Daily.

Tambah Pengerusi KEADILAN Johor itu, Najib menggunakan pendekatan salah untuk mengambil hati masyarakat Tionghua.

Katanya, pemberian kad ucapan berkenaan menunjukkan Najib langsung tidak faham minda masyarakat Cina di negara ini.

chui-jui-meng“Orang Tionghua tahu Xiaoping itu jurutera yang membangunkan ekonomi negara dengan pesat. Mereka juga tahu Najib pula sebaliknya. Itu hanya membuat dia (Najib) makin dipandang sinis,” jelasnya.

Kata Jui Meng, sistem pentadbiran Najib berteraskan gagasan perkauman dan ini menyebabkan masyarakat Cina meminggirkan beliau.

“Kalau dulu Afrika Selatan terkenal dengan budaya perkauman, tetapi kini Malaysia dilihat dengan ketara, mengamalkan politik assobiyyah, kronisme dan nepotisme,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44557

Posted by on Feb 7 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google