Pengundi India kukuh menyokong Anwar

Calon Ahli Parlimen Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menerima sokongan penuh pengundi India Port Dickson bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjung.

Jaminan itu diberikan wakil rakyat Sri Tanjung sendiri, Ravi Munusamy yang yakin kerana kebanyakan pengundi India di DUN itu adalah daripada kalangan keluarga dan sahabatnya sendiri.

“Saya telah pun bertemu mereka dan mereka amat teruja serta mengalu-alukan ketua umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)untuk bertanding dan akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi 

“Kita semua berbesar hati seorang yang bakal menjadi perdana menteri kelapan kita sudi memilih dan bertanding di sini,” katanya ketika ditemui Suara Keadilan di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan di Port Dickson, hujung minggu lalu.

Dalam masa sama Ravi turut menzahirkan sedikit kebimbangan terhadap pengundi Cina yang bekerja di luar daerah.

Katanya, kira-kira 20 ke 25 peratus pengundi dari kalangan kaum cina yang bekerja di Johor, Terengganu dan Singapura.

“Bagi menyelesaikan masalah itu kami telah mengadakan satu mesyuarat Jawatankuasa Daeran Mengundi (JDM) dan kami telah mengenal pasti seramai 291 pengundi Cina bekerja di luar.

“Bagaimanapun saya dan jentera telah bertindak menghubungi serta menyeru mereka untuk pulang pada 13 Oktober ini bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Anwar,” katanya.

Pada masa sama, Ravi berkata beliau akan meneruskan komitmen itu dengan berkempen ke DUN lain supaya lebih ramai rakyat Port Dickson untuk keluar mengundi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72402

Posted by on Oct 8 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE