Pengundi PD pilih wakil rakyat baru hari ini

Proses membuang undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson bermula 8 pagi tadi di 32 pusat pengundian selepas tempoh kempen selama dua minggu tamat tepat 12 tengah malam semalam.

Seramai 68,317 pemilih berdaftar dijangka menunaikan tanggungjawab mereka dalam PRK keempat negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan 70 peratus pemilih keluar mengundi pada PRK ini dan keputusan dijangka diumumkan pada 10 malam selepas pusat pengundian ditutup pada 5.30 petang.

Proses penjumlahan undi akan dilakukan di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di sini seusai proses pengundian ditutup pada 5.30 petang.

Calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan enam orang pencabar yang terdiri daripada seorang calon PAS dan enam orang calon bebas.

Parlimen Port Dickson mempunyai 77,750 pengundi termasuk pengundi awal dan merangkumi 43 peratus pengundi Melayu, 33 peratus kaum Cina, 22 peratus India dan lain-lain sebanyak dua peratus.

Pengundian awal yang melibatkan 7,191 pemilih terdiri daripada anggota tentera dan pasangan serta polis berlangsung pada Selasa lepas.

Danyal Balagopal Abdullah, bekas pegawai kanan Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia menang selesa dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS dalam PRK14.

Danyal melepaskan jawatan ahli Parlimen PD bagi membuka laluan untuk Anwar kembali aktif berpolitik selepas mendapat pengampunan diraja dalam kes Fitnah II.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72425

Posted by on Oct 13 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE