Pengusaha disaran pelbagaikan produk kopi

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyarankan pengusaha kopi menghasilkan inovasi terkini dalam produk berasaskan kopi.

Timbalan Menteri Pertanian, Sim Tze Tzin berkata pengusaha kopi dilihat kurang memberi tumpuan dalam melakukan anjakan dengan mengambil kira trend penggemar kopi semasa.

“Sehingga kini kita adalah pengeluar produk kopi campuran tiga dalam satu yang terbaik di rantau ini.

“Tetapi, citarasa pengguna kini sudah berubah kepada bentuk kapsul, dan kita perlu ke arah itu

“Lihat kaedah negara Jepun yang mencipta mesin kopi dengan kapsul. Ini adalah trend yang baharu.

“Saya rasa pengusaha kopi perlu meneroka lebih jauh daripada hanya mengeluarkan produk kopi campuran tiga dalam satu sahaja,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Wong Shu Qi (Pakatan Harapan-Kluang) yang ingin tahu usaha kementerian dalam meningkatkan pendapatan dan hasil daripada kopi untuk dieksport ke luar negara.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73766

Posted by on Jul 15 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google