Peniaga Telok Kemang boikot kedai ‘tak siap’ kerajaan negeri

(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 22 Jan: Peniaga sekitar Pantai Telok Kemang, Port Dickson memboikot kedai ‘tak siap’ yang disediakan Kerajaan Negeri Sembilan, setelah mengusir dan merampas kedai mereka sebelum ini bagi tujuan pembangunan.

Pengerusi Sekretariat Selamatkan Pantai Telok Kemang, Shaharuddin Abu Talib berkata, kedai tersebut hanya dibangunkan menggunakan tiang kayu tanpa dinding dan pintu.

“Kedai dah siap tapi tak ada dinding, pintu mahupun keperluan asas lain. Cuma tiang dari kayu dan bumbung disediakan. Sebab itu, peniaga boikot tak mahu berniaga di situ,” jelas Shaharuddin ketika dihubungi.

“Kedai yang terdedah sebegitu mengundang pelbagai risiko, antaranya pencuri, vandalisme, dan bencana alam seperti ribut dan sebagainya,” katanya.

Menurut Shaharuddin, peniaga terbabit kini meneruskan perniagaan berpayungkan khemah simbol memboikot kedai berkenaan.

“Kami 100 peratus membantah projek pembangunan yang tidak teratur seperti ini,” tegasnya.

Peniaga berhimpun di perkarangan Parlimen 1 November lalu membantah kezaliman kerajaan yang mengusir dan ‘menutup periuk nasi’ mereka dari kawasan itu untuk projek pembangunan.

November lalu, 100 wakil peniaga sekitar pantai berhimpun di perkarangan Parlimen bagi membantah kezaliman kerajaan yang mengusir dan ‘menutup periuk nasi’ mereka untuk projek pembangunan.

Tanah di sekitar pantai ditambak dan sebahagian besarnya dijadikan milik peribadi beberapa individu.

Kerajaan negeri juga rakus merampas tanah dan menghalau peniaga tanpa sebarang notis, seterusnya meluluskan projek di kawasan itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43623

Posted by on Jan 22 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google