Penjara, denda menanti pemilik PPR yang menyewakan rumah

Pemilik Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang didapati menyewakan kediaman kepada orang lain boleh dikenakan hukuman penjara atau denda di bawah Akta Akuan Berkanun 1960.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, pemilik yang berbuat demikian melanggar Perjanjian Jual Beli dan Surat Akuan Bersumpah.

Katanya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerima aduan dari orang awam berkaitan hal tersebut.

“Amaran telah diberikan dan tindakan tegas akan diambil oleh KPKT dalam menangani penyalahgunaan PPR, (penyewaan atau penjualan tidak sah) dalam masa terdekat.

“KPKT turut akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mengiklankan penjualan atau penyewaan PPR melalui hebahan umum, termasuk melalui portal sewa beli hartanah atau pun melalui media sosial,” katanya dalam kenyataan.

“Maklumat yang sahih dan sah berkenaan penyewaan dan pembelian unit kediaman PPR hanya akan dipaparkan di laman sesawang rasmi Jabatan Perumahan Negara KPKT, http://ehome.kpkt.gov.my,” katanya lagi.

Isu PPR menarik perhatian ramai apabila segelintir penyewa PPR Taman Manggis di Pulau Pinang diketahui umum tidak membayar sewa selama beberapa tahun tetapi melancong dengan menaiki kapal terbang menggunakan kelas bisnes.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73081

Posted by on Mar 12 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE