Penjarakan Anwar lebih lama, KEADILAN desak AG gugur rayuan

KUALA LUMPUR 14 APRIL: KEADILAN mendesak kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak menggugurkan rayuan balas untuk menambahkan hukuman penjara terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, tindakan peguam negara mahu memanjangkan hukuman penjara terhadap ketua umum KEADILAN itu adalah pendakwaan terpilih dan bermotifkan politik.

SURENDRANBeliau merujuk tindakan Abdul Gani Patail memfailkan rayuan balas bagi menambah hukuman penjara, selepas Anwar dijatuhi penjara lima tahun oleh mahkamah rayuan.

Anwar membuat rayuan terhadap keputusan tersebut pada 7 Mac lalu, kata Surendran.

“Rayuan balas Peguam Negara adalah terpilih, jahat dan bermotifkan politik. Perdana Menteri Najib dan kerajaan BN seluruhnya bertanggungjawab terhadap penganiayaan terbaru ke atas Anwar Ibrahim.

“Adalah jelas bahawa niat Umno- BN adalah untuk menamatkan cabaran Anwar terhadap kerajaan Umno BN, dengan mengenakan hukuman penjara jangka panjang,” ujarnya.

Katanya, cubaan memenjarakan Anwar oleh Umno dan perdana menteriĀ  adalah jelas dengan pelantikan peguam peribadi Najib, Datuk Shafee Abdullah sebagai ketua pendakwa dalam kes itu.

“Sikap terpilih rayuan balas dalam Fitnah II menjadi jelas apabila dibandingkan dengan keputusan untuk tidak merayu dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan pemimpin BN,” ujarnya.

Katanya, tiada rayuan difailkan pendakwa terhadap pembebasan Abdul Razak Baginda yang dituduh membunuh Altantuya Shaariibu dan Tun Ling Liong Sik yang dikaitkan dengan skandal Pelabuhan Bebas Port Klang (PKFZ).

“Percubaan kerajaan yang rasuah untuk penjarakan Anwar Ibrahim adalah serangan terhadap sistem demokrasi berparlimen.

“Kerajaan perlu menggugurkan rayuan balas dengan segera, secara terbuka menyatakan mereka tidak akan menentang rayuan Anwar terhadap sabitan bersalah, dan meminta maaf untuk kesalahan yang dilakukan kepada rakyat Malaysia, demi keadilan,” ujarnya.

 

 

Berita selanjutnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=60642

Posted by on Apr 14 2014. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE