Pentadbiran Najib lemah, rasuah punca ekonomi negara teruk

Norutul Ilham

 

KUALA LUMPUR 3 APRIL: Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang lemah dan rasuah mengakibatkan Malaysia mengalami defisit yang teruk dan hutang negara melonjak kepada RM540 bilion, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Lebih RM400 bilion hanya ketika Najib memerintah. Pentadbiran lemah dan rasuah, flip flop dalam ekonomi. Saya Menteri Kewangan lapan tahun, saya tahu kedudukannya.

“Kerajaan harus memperbaiki ekonomi dengan membanteras rasuah dan memastikan kerajaan ditadbir secara telus dan penuh tanggungjawab,” katanya kepada stesen TV antarabangsa, Al-Jazeera sempena pembubaran Parlimen hari ini.

jaziraBeliau menjawab demikian kepada soalan kononnya ketidakstabilan politik di Malaysia akibat perjuangan Pakatan Rakyat yang diterajuinya sebagai punca ketidaktentuan ekonomi di Malaysia.

Ia sebahagian soalan ‘berat’ yang diasak kepada Anwar sepanjang wawancara empat minit secara siaran langsung bermula jam 6.10 petang tetapi dijawab Ketua Umum KEADILAN itu dengan jitu.

Sambil kesal kerana pembangkang pula dipersalah berikutan masalah ekonomi negara, Anwar berkata: “Tentunya, kita tak dapat diterima (tuduhan itu).

Secara fakta, Anwar sebelum dipecat melalui konspirasi politik pada 1998 dan berperanan sebagai Menteri Kewangan berjaya mengurangkan hutang dan Malaysia mengalami lebihan belanjawan.

Sebaliknya, pada era Najib, hutang negara melambung kepada RM456 bilion pada akhir 2011 iaitu 53 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar – melonjak lima kali ganda berbanding baki hutang pada 1997.

Untuk tonton rakaman, KLIK INI.

(FZL)

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=49138

Posted by on Apr 3 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE