Penutupan Majid Al-Aqsa modal pengganas bertindak – Wan Azizah

KUALA LUMPUR 17 JULAI: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengutuk tindakan rejim Israel menutup Masjid Al-Aqsa yang merupakan masjid ketiga terpenting buat penganut Islam bermula Jumaat, 14 Julai 2017.

Menurut ahli Parlimen Permatang Pauh itu, tindakan tersebut akan membuka ruang kepada pengganas untuk bertindak dan meningkatkan pengaruh mereka.

“Masjid Al-Aqsa merupakan masjid ketiga terpenting dan suci bagi umat Islam, dan juga merupakansatu tempat penting dan suci bagi penganut Kristian.

“Penutupan ini menandakan peningkatan ketegangan hubungan di antara Israel dan Palestin.

“Walaupun kami faham isu keselamatan yang membawa kepada tindakan ini, namun penutupan Masjid Al-Aqsa tidak patut dijadikan peluang puak-puak radikal dan militan ekstremis untuk mengembangkan fahaman kejam mereka,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menyeru masyarakat antarabangsa untuk mendesak Israel agar membatalkan langkah tersebut.

“Oleh itu, masyarakat antarabangsa perlu segera mengutuk penutupan ini, dan menggesa agar Masjis Al-Aqsa segera dibuka semula,” katanya.

Masjid Al-Aqsa ditutup pada Jumaat lalu selepas insiden tembak-menembak yang mengorbankan tiga orang awam Palestin dan dua anggota polis Israel.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70243

Posted by on Jul 17 2017. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE