Penyanyi Yassin persembah lagu ‘Reformasi’ di Konvensyen Pakatan

SHAH ALAM 25 FEB: Penyanyi Yassin Sulaiman buat pertama kali tampil dalam Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini.

Beliau yang dilantik sebagai Duta Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dengan penuh semangat mempersembahkan dua lagu pada konvensyen itu di Pusat Konvensyen Shah Alam, dekat sini, hari ini.

PRBersama rakan-rakannya, Yassin menyampaikan lagu pertama berjudul ‘Satu Perjuangan’ yang pernah popular sekitar tahun 2000.

Beliau menyanyikan lagu kedua berjudul ‘Reformasi’, merupakan lagu rasmi kempen AMK di seluruh negara.

yasinKetika lagu kedua dinyanyikan, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff turut naik ke pentas dan menyanyi bersama-sama penuh semangat.

Selain Yassin, seorang lagi artis, Ito akan membuat persembahan di hujung konvensyen.

Yassin dilantik menjadi duta rasmi kempen pilihan raya AMK pada pelancaran video klip lagu ‘Reformasi’, nyanyiannya di ibu pejabat KEADILAN 17 Februari lalu.

Beliau bersama AMK akan bergerak mengelilingi negara dan turun ke setiap kawasan ditandingi calon AMK.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=45924

Posted by on Feb 25 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google