Penyelaras KEADILAN Muar dihalang serah sumbangan persekolahan

Pejabat Ahli Parlimen Muar campur tangan urusan pentadbiran sekolah

Angkatan Muda Keadilan Cabang Muar (AMK Muar) membantah keras campur tangan Pejabat Ahli Parlimen Kawasan Muar terhadap urusan pentadbiran sekolah apabila mengeluarkan arahan kepada pentadbiran sebuah sekolah di Muar agar membatalkan jemputan kepada Saudara Nor Hizwan Ahmad (gambar), mantan Calon PKR P146 Muar ke program penyampaian sumbangan kepada pelajar pra-sekolah dan pelajar cemerlang pada 14 November 2013.

hIzwan iSaudara Nor Hizwan Ahmad telah dihubungi oleh pihak sekolah sekitar jam 9 pagi pada tarikh tersebut diatas yang memaklumkan bahawa pihak sekolah diarahkan membatalkan jemputan oleh kakitangan Pejabat Ahli Parlimen Muar setelah seorang Ahli Jawatankuasa PIBG membuat aduan ke Pejabat Ahli Parlimen Muar.

Persoalan yang timbul adalah apakah Pejabat Ahli Parlimen Muar mempunyai bidangkuasa untuk mencampuri urusan pentadbiran sekolah?

Tindakan ini telah menunjukkan betapa permainan politik sempit dan takut dengan bayang-bayang sendiri sehinggakan sanggup mengarahkan pembatalan program untuk mengikitiraf kejayaan adik-adik di sekolah.

Sepatutnya Pejabat Ahli Parlimen Muar turut sama meraikan kejayaan adik-adik di sekolah yang telah mendapat kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan, bukannya bertindak secara semberono dan kebudak-budakan. Ini memalukan Ahli Parlimen Muar yang juga merupakan seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Adalah amat menyedihkan dan malang sekali bagi sekalian rakyat Parlimen Muar kerana mempunyai seorang wakil rakyat yang sentiasa bermain politik dendam dan bukannya berlumba-lumba memberikan perkhidmatan yang terbaik buat rakyat termasuk adik-adik di sekolah.

Sehubungan itu, AMK Muar menuntut penjelasan segera Pejabat Pendidikan Daerah Muar berhubung insiden ini yang secara jelas menunjukkan campur tangan politik dan berunsur mala fide dalam pentadbiran sekolah. Apakah kesemua sekolah di bawah pengawasan Pejabat Pendidikan Daerah Muar tidak boleh menjalankan aktiviti mereka tanpa kebenaran Pejabat Ahli Parlimen Muar? Adakah Pejabat Pendidikan Daerah Muar tidak mempunyai kuasa sebaliknya kuasa kebenaran ini telah diserahkan kepada Ahli Parlimen Muar?

Sementelah lagi, kehadiran Nor Hizwan Ahmad ke majlis tersebut bukanlah atas kapasiti parti politik sebaliknya atas kapasiti individu yang menyumbang hadiah-hadiah kepada adik-adik pelajar cemerlang ini. Sehubungan itu, AMK Muar sekali lagi menyelar tegas tindakan campur tangan Pejabat Ahli Parlimen Muar terhadap pentadbiran sekolah dan mendesak Pejabat Pendidikan Daerah Muar untuk tampil menjelaskan mengapa perkara ini boleh berlaku.

Mohammad Farid Zulkornain
Pemangku Timbalan Ketua
Angkatan Muda Keadilan Cabang Muar

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=56718

Posted by on Nov 15 2013. Filed under KENYATAAN MEDIA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE