‘Penyenaraian dedah Felda kepada risiko monopoli’

(Oleh: Sidiqin Omar)

JOHOR BAHRU 27 Nov: Penyenaraian Felda di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) mendedahkan Felda kepada risiko dimonopoli individu tertentu, kata perwakilan Gombak, Mohamad Saleh.

Dalam perbahasan menyokong ucapan dasar Presiden, Saleh berkata, penyenaraian itu bertentangan dengan tujuan asas penubuhan Felda iaitu mewujudkan skim tanah rancangan bagi menjaga kebajikan peneroka.

“Kita bimbang penyenaraian di BSKL akan terjadi kepada Felda seperti yang menimpa Syarikat Beras Nasional (Bernas),” katanya yang juga bekas peneroka Felda Taib Andak.

Tambah Mohamad Saleh, aset Felda bertambah kepada 50 syarikat usahasama korporat dengan aset 360 000 hektar tanah, namun hakmilik tanah sebahagian peneroka masih belum diperoleh.

Bahkan, hutang bertimbun peneroka perlu dilangsaikan oleh generasi kedua Felda.

“Sampai ada orang kata, kalau masuk (skim) Felda ini, tujuh kali mati dan tujuh kali hidup semula pun, hutang masih tak boleh habis.

“Berbanding pengurusan kerajaan Selangor, dia jaga orang Selangor dari lahir sampai masuk ke liang lahad,’ katanya berseloroh disambut gelak ketawa perwakilan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=23605

Posted by on Nov 27 2011. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE