Penyokong DSAI diseru bersabar menunggu pembebasan beliau

Penyokong Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta bersabar menanti ikon Reformasi itu dibebaskan kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

“Ya minta penyokong bersabar, penyokong saya difahamkan dah mula sampai dari seluruh negara,” katanya kepada pemberita di Hospital Rehabilitasi Cheras petang tadi.

Katanya, sejurus pembebasan itu Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan mengatur himpunan menyambut Anwar dan beliau dijangka akan menyampaikan ucapannya.

“(Esoknya juga) Ramadhan pertama, kita akan susun mobalisasi pembebasan itu. Anwar akan turun beri ucapan,” katanya.

Ditanya sebab penangguhan mesyuarat Lembaga Pengampunan dibuat pada Rabu, Saifuddin berkata ia merupakan permintaan daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Katanya, lagi segala dokumen berkaitan Anwar telah pun lengkap dan kini cuma menunggu mesyuarat Lembaga Pengampunan itu sahaja.

“Saya bercakap dengan bahagian undang-undang PMO yang mengesahkan semua dokumentasi lengkap. Kita melihat ini satu perkara normal, mungkin Lembaga Pengampunan perlu sedikit masa lagi dan saya optimis perkara (mesyuarat) itu akan berlaku jam 11 pagi, Rabu untuk kita menyambut Datuk Seri Anwar,” katanya.

Anwar sepatutnya dibebaskan pada 8 Jun 2018 selepas dipenjara selama 5 tahun kerana Fitnah II yang dicipta rejim Umno BN.

Kerajaan Pakatan Harapan yang mula mentadbir Putrajaya pada 10 Mei berjaya mendapatkan persetujuan Yang di-Pertuan Agong untuk mengampunkan Anwar.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71761

Posted by on May 14 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE