Penyokong Umno buang bendera KEADILAN di Pekan, Najib mesti bertanggungjawab

Bendera KEADILAN dilihat masih tergantung.

Bendera yang digantung lesap 'dicuri' penyokong BN.

(Oleh Norutul Ilham)

PEKAN 13 APRIL: Umno Pekan perlu bertanggungjawab di atas tindakan membuang bendera KEADILAN yang digantung di Simpang Paloh Hinai, Felda Chini dan Felda Chini Timur.

Bendera KEADILAN dilihat masih tergantung.

Bendera KEADILAN dilihat masih tergantung sebelum kejadian.

Calon KEADILAN bagi Parlimen itu, Fariz Musa menyifatkan perlakuan tidak berakhlak tersebut bukti Umno semakin terdesak dan hilang sikap profesional.

“Selaku Ketua Umno Bahagian Pekan, Datuk Seri Najib Razak dan Umno Bahagian Pekan wajib bertanggungjawab terhadap tindakan tidak bermoral itu.

“Sebagai parti yang bertanding di P85 Pekan, menjadi kewajaran kepada jentera kami menjalankan kempen dengan memasang bendera di lokasi strategik.

“Malangnya tindakan tidak demokratik penyokong Umno itu mengakibatkan kerugian kerana bendera tersebut dibeli,” kata Fariz pada kenyataan.

Beliau membuat laporan polis dan berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan telus.

Bendera yang digantung lesap 'dicuri' penyokong BN.

Bendera yang digantung lesap ‘dicuri’ penyokong BN.

“Jika Najib gagal mengawal ahli dan penyokong Umno Bahagian daripada tindakan sebegitu, maka wajarlah beliau menarik diri daripada menjadi calon Pekan.

“Polis perlu mengambil tindakan tanpa dwi-standard dan inisiatif lain agar tindakan ‘sebodoh’ itu dapat dihentikan oleh penyokong Umno yang dilihat semakin tertekan terhadap kekuatan KEADILAN dan Pakatan Rakyat menjelang PRU 13,” kata Fariz. – NS

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50263

Posted by on Apr 13 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google